Label
Bukan Islam, Bukan Muslim, Cologne, Deodoran, Non-Muslim, Pelembap, Pewangi, SIngapura, Sweet Dolly, Unza, Wipro
Jenama Sweet Dolly adalah produk keluaran syarikat UNZA (Malaysia) Sdn. Bhd, anak syarikat kepada UNZA Holdings Pte. Ltd yang berpusat di Singapura. Ianya pula adalah sebahagian daripada kumpulan WIPRO Ltd., yang berpengkalan di India, yang dimiliki oleh Bukan Islam.
Sweet Dolly sebagai jenama mempunyai berbagai-bagai produk yang difokuskan kepada produk kosmetik untuk remaja wanita. Antara produk-produknya ialah Cologne, Deodoran, Pelembap dan Pewangi Badan.
UNZA sebagai syarikat juga mempunyai banyak jenama-jenama popular yang lain diseluruh dunia selain Sweet Dolly.
Nota: Jika terdapat sebarang kekhilafan dalam maklumat diatas, sila beritahu Admin di muslimbrands@gmail.com dengan seberapa segera. Terima kasih.